sememangnya bandaraya kota kinabalu sejak kebelakangan ini kelihatan bersih. sesuatu yang amat dipuji dan perlu diambil iktibar oleh semua pihak berkuasa tempatan bukan sahaja di sabah tetapi di seluruh malaysia. terutamanya di tempat-tempat tumpuan ramai.
Namun tong-tong sampah haruslah disediakan seberapa banyak selang beberapa meter bagi memudahkan rakyat membuang sampah. berdasarkan pengalaman, semua golongan rakyat memang pentingkan kebersihan namun gara-gara tidak ingin membuang sampah di merata tempat maka ada yang terpaksa menyimpan sampah tersebut didalam saku/ ataupun dalam kereta yang akhirnya dibiarkan di situ sekian lama. ini juga akan menyebabkan masalah kesihatan kepada rakyat itu sendiri.
setakat ini, banyak perubahan yang jelas kelihatan di kawasan bandaraya kota kinabalu terutamanya di gaya street dan kawasan berhampirannya.


0 comments:
Post a Comment